Monday, February 9, 2015

TIDAK MASUK SYURGA JIKA MENYAKITI HATI JIRAN



TIDAK MASUK SYURGA JIKA MENYAKITI HATI JIRAN

Konsep kejiranan dalam Islam  meliputi juga jiran yang tinggal jauh. Muslim atau bukan Muslim dan bukan keluarga.. Orang yang tinggal serumah dengan kita , orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dan orang yang satu negeri juga dikira jiran dalam Islam.

 


Menurut Jabir , Rasulullah SAW mengkategorikan jiran kepada tiga .. iaitu
1.jiran yang mempunyai 3 hak.
2. jiaran yang mempunyai 2 hak
3. jiran yang mempunyai 1 hak

Jiran yang mempunyai 3 hak ialah jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
3 hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah .

1. Hak sebagai orang Islam
2. Hak sebagai jiran
3. Hak sebagai keluarga

Jiran yang mempunyai 2 hak pula ialah

1. Hak jiran Muslim
2. Hak sebagai seorang jiran

Sementara jiran yang mempunyai 1 hak ialah

1. Kafir Zimmi iaitu orang kafir yang berada dalam naungan Islam ( satu hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah hak jiran semata-mata ,,

HAK JIRAN
Apakah hak jiran?
Baginda bersabda…. Tahukah kamu apakah hak jiran itu? 1.Jika ia meminta tolong maka hendaklah kamu menolongnya.. 2.Jika dia susah hendaklah kamu bermurah hati membantunya 3.Jika dia sakit maka hendaklah kamu merawatnya.. 4. Jika dia mati, hendaklah kamu menghantar jenazahnya kepusara ( kubur ) 5.Jika dia mendapat kebaikan hendaklah kamu turut gembira bersama-samanya dan 6.Jika dia mendapat kesusahan hendaklah kamu turut berasa susah.. ‘ Perlu di ingat jangan meninggikan bangunan rumahmu sehingga menahan angin kerumahnya, melainkan dengan izinnya, Jangan menganiaya atau mengacaunya..
Jika kamu membeli buah2an berilah swedikit kepadanya.. Jika kamu enggan member maka hendaklah kamu membawa masuk kerumah dengan tidak menampakkannya kepada mereka.. Jangan membenarkan anak2 kamu memakannya diluar rumah.. sehingga menimbulkan kemarahan anak-anaknya..

Jangan mengganggu mereka dengan bau periuk kamu ( makanan yang sedang dimasak ) kecuali jika kamu memang berniat untuk memberikan kepada mereka sedikit.
Tahukah kamu hak jiran? Demi jiwaku yang berada didalam genggamanNya . tiada siapa yang mampu memenuhui hak seorang jiran, kecuali orang yang telah mendapat rahmat daripada Allah swt”
Berdasarkan maksud sabda Rasulullah ..
Ada 12 hak jiran yang mesti diberi keutamaan..
Hak itu adalah tuntutan yang bukan saja menjadi ibadat jika dilakukan kerana Allah dan Rasul-Nya … tetapi mampu untuk membentuk budi pekerti mulia dan menyelamatkan seseorang Muslim daripada api neraka..

Abu Hurairah .. r.a. menerangkan perkara ini pernah diberitahu kepada Rasulullah saw mengenai seorang perempuan yang bersembahyang pada waktu malam dan berpuasa pada waktu siang..
Malangnya , lidahnya jahat selalu menyakiti jirannya , maka Rasulullah bersabda.. ‘ Tidak ada kebaikan kepada wanita itu dan tempatnya adalah neraka..

Sesungguhnya kebahagiaan adalah dambaan setiap insam yang menghuni dinia ini.. Oleh itu setiap insan berusaha untuk mencari dan mendapatkan apa yang dicita-citakan ( kebahagiaan dengan pelbagai cara )
Namun ketahuilah .. tidak semua insan mampu mencapai impian nya itu atau memperolehi kebahagiaan yang dicari selama mana yang diimpi-impikan..
Lalu dimanakah letaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak , harta yang melimpah , Emas yang bertimbun, atau pada pangkat yang tinggi kedudukan taraf bangsawan atau juga duduk dirumah banglo yang besar..?

Dalam hadis Rasulullah saw ia bersabda.. yang bermaksud
Ada empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia..

1. Memiliki perempuan ( isteri ) yang solehah.
2. Rumah yang Indah ( luas dan besar )
3. Jiran yang baik
4. Kenderaan yang bagus.. - ( Hadis riwayat ..- Ibnu Hibban..)

Berdasarkan hadis ini ada 4 perkara utama atau kunci jika ia dimiliki oleh seseorang.. dan pasti dia akan merasai nikmat bahagia itu..
Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama ialah kerana factor kebahagiaan seseorang .. ia akan merasai kebahagiaan berlandaskan kepada isteri yang solehah .. kerana ia akan memberikan ketenangan kepada suami.
Rumah ibarat syurga jika dihuni dan memiliki isteri yang solehah .. Antara sifat2 isteri solehah ialah..

1. Hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran
2. Melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat
3. Memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami
4. Mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi
5. Bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga
6. Menjaga rahsia rumah tangga dan harta suami..
7. Tidak keluar rumah tanpa izin suami..dll..
Allah swt melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah.. menerusi firmannya. dalam surah an-Nisa’ ayat 34..







‘ Maka perempuan2 yang baik ( solehah ) itu ialah yang taat ( kepada Allah dan suaminya ) dan yang memelihara ( kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya ) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya‘

Demikian juga halnya dengan soal bagaimana kebahagiaan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya.. ia mestilah disertai dengan hati yang tenang dan damai..
Hati tidak akan tenteram walaupun rumah itu luas dan besar jika penghuninya tidak jujur terhadap ahli keluarganya..

Ibnu Abbas mengemukakan 2 ciri khas pengertian as-solehah.
1. Berperilaku baik , berakhlak mulia, bersopan santun terhadap keluarga dan jiran
2. Patuh dan jujur serta melakukan perbuatan kebajikan semata2 kerana Allah.

Begitu juga halnya dengan rumah .. Jika rumah di ibaratkan istana.. maka suami adalah raja.. isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga , manakala anak-anak adalah rakyatnya.. Jiran yang baik pula menjadi faktur utama kebahagiaan .. Seseorang akan merasa amat bahagia jika mempunyai jiran yang baik , berbudi pekerti , murah hati dermawan saling menghormati , bertimbang rasa ,suka menolong, bertolak ansur dan member perhatian..
Jiran yang baik ia tidak akan memberikan sebarang gangguan .. sama ada melalui perbuatan mahu pun lisan ( ucapan ) tidak irihati dengan kelebihan yang kita miliki..

Malah jiran yang baik akan tumpang gembira serta mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita perolehi..dan rela menghulurkan bantuan serta pertolongan apabila kita ditimpa kesusahan.

Oleh itu sekiranya kita mempunyai jiran yang baik .. maka kita haruslah memiliki sifat2 sedemikian kepada mereka ( orang lain ) yang menjadi jiran supaya mereka turut merasa bahagia seperti mana kira merasai..

AKHLAK YANG MULIA PALING BERAT TIMBANGANNYA
KEMULIAAN akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw. Bermaksud: ‘ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ’
Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang …Jika sekiranya akhlak nya buruk maka ia tidak dikira orang yang beriman.
Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 177.




‘ Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka kepihak timur dan barat ,tetapi kebajikan itu adalah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat . dan segala malaikan dan segala kitab dan sekelian nabi dan mendermakan nya seseorang akan hartanya sedangkan dia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba abdi.


Rasulullah pernah ditanyamengenai apa kah itu agama? Bagnda menjawab ‘ Kemuliaan akhlak
“ Husnul Khuluq “ Apabila ditanya mengenai kejahatan, Baginda menjawab “ Akhlak yang buruk “ Su’ul Khuluq “

Akhlak mulia yang dimiliki seseorang adalah amalan yang paling berat dalam timbangan pada hari khiamat nanti .. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya .. Rasulullah saw bersabda..
“ Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba pada hari
khiamat selain akhlak yang baik “
Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

Dalam Islam akhlak yang mulia lahir daripada pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini tinggallah ibadat sebagai upacara dan gerak geri yang tidak memiliki nilai dan tidak membawa sebarang faedah

PENUHI HAK JIRAN BERI KELAPANGAN KEPADA TETANGGA
Jiran atau tetangga ada lah orang pertama yang mengetahui dan merasakan kebaikan dan juga gangguan kita. Kerana itu adab mulia berjiran sangat ditekankan dalam syariat Islam.

Memenuhi hak jiran yang pintu rumahnya lebih dekat dengan runah kita diutamakan berbanding yang jauh.. Daripada Saidatina Aisyah dia berkata “ Wahai Rasulullah , saya mempunyai 2 jiran.. yang mankah lebih aku berikan hadiah terlebih dulu? Baginda menjawab: Yang lebih dekat dengan pintu rumahmu … ( Hadis riwayat Bukhari )

Begitu pentingnya memuliakan jiran tetangga sehingga Jibril mewasiatkan secara khusus hal itu. Daripada Saidatina Aisyah , Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: Jibril sentiasamewasiatkan ku untuk berbuat baik terhadap jiran sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris. ( Hadis riwayat Bukhari )

Adab Islam menganjurkan untuk member perhatian kepada jiran tetangga ..
Nabi Muhammad saw bersabda .. “ Wahai wanita muslimah ..janganlah antara jiran yang satu dan lainnya saling meremehkan walaupun hanya dengan member kaki kambing “
( Hadis riwayat Bukhari )

Sekecil mana pun pemberian untuk menunjukkan perhatian dan hubungan social tidak boleh dianggap ringan. Islam juga menetapkan siapayang mengaku pernah beriman kepada Allah dan hari khiamat , janganlah mengganggu jiran tetangganya
Daripada Abu Syuraih bahawa Nabi Muhammad saw bersabda “ Demi Allah .. tidak beriman .. ditanyakan kepada baginda.. Siapa yang tidak beriman wahai rasulullah ? baginda bersabda .. Iaitu orang yang jiran tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya.
( Hadis riwayat Bukhari )

Islam juga menganjurkan member kelapangan bagi jiran tetangga dan memperhatikan hal-hal kecil yang menjadi keperluan mereka. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda “ Janganlah seseorang melarang jiran tetangganya untuk menyandarkan kayunya didinding rumahnya, jangan sampai aku melihat kamu menolak ketentuan hokum ini, Demi Allah , kalau sampai terjadi, akan aku lemparkan kayu itu meninpa bahu kamu “
( Hadis riwayat Bukhari )

No comments:

Post a Comment